PI Progress Meeting NERA 2019
7 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2019 yang lalu, sempena penghabisan tahun 2019, telah diadakan “PI Progress Meeting NERA Disember 2019” bersama Nera Infocom secara atas talian menggunakan “Google Hangout”. Mesyuarat ini diadakan bersama Cluster Kubang Pasu, Cluster Yan dan Langkawi dimana bagi kluster Yan dikehendaki berkumpul di Pusat Internet Titi Teras, manakala Kluster Kubang Pasu berkumpul di Pusat Internet Jerlun. Mesyuarat bersama Nera ini diadakan secara berperingkat mengikut jadual dan waktu yang telah ditetapkan.
Mesyuarat ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi dan dikendalikan oleh Cik Mardziyah, Cik Fatehah dan Cik Siti Hasmah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai KPI 2019, Cuti 2019 (eleave), bayaran kepada volunteer, program hari terbuka dan latihan kebakaran 2020, system Mycomm, Ink Printer (toner), kebersihan, kerosakan (facilities audit), kaunter, aktiviti pusat internet 2020 (planner), website, format filling dan pelbagai lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: